Nak tau lebih lanjut?? Klik la...\(^0^)/

Jumaat, 11 Disember 2009

Majlis Aqiqah & Potong Jambul

Raya haji yang lepas, aku ada buat majlis potong jambul Damia sekali gus buat aqiqah untuk Hakim dan Damia...Niat di hati mmg dah lama nak buat qiqah untuk anak masa ada Hakim lagi...tapi masa tu kewangan tak bape nak mengizinkan...bila dapat Mia, niat tu makin kuat tambah plk aku dapat anak sepasang...aku sesaja cakap kat husband dan alhamdulillah dia setuju...Maka tumbang la 2 ekor kambing....yum!yum!

Tiba la hari majlis tu aku excited sgt...sampi makan pun tak ingat, bila duduk diam baru perasan yg perut aku nie dah menjerit2 minta di isi...Kat tempat aku dah tak de dah potong2 rambut masa buat potong jambul nie...just masa marhaban tu bayi tu dibawakan keliling org2 yang marhaban n bawa la ke org-org lama nie untuk dibaca2kan doa...masa aku bawa Mia keliling tu, tetiba hati aku tersentuh bila nampak guru ngaji aku pun ada...bayangkan cikgu ngaji aku dari kecik sampi la aku dah ada "2 handbag" nie dia masih nampak cantik n sihat....mesti dia amalkan doa sentiasa dara hehehe....kenapa tersentuh??entah erk!tapi yg penting bila sampi kat dia aku terus meluru peluk n cium tangan dia...lupa lak anak kat tangan aku nie....Damia dia ambik dan siap gurau2 pastu dia bacakan la doa...aku pun teruskan la mengelilingi org marhaban...tapi dengan air mata terharu aku tu....n aku perasan ada jugak yg ikut menangis...kenapa diaorg nangis aku pun tak tau...heheheh...Nama guru ngaji aku tu Cikgu Syidah...terima kasih cikgu..

Selesai majlis tu tiba masa untuk botakkan kepala Damia...Elok je Damia tak meragam masa kepala dia dibotakkan.






1 ulasan:

  1. salam....ukhwah,

    moga Hakim dan Damia sihat dan membesar menjadi anak yang soleh/solehah ..insyallah..

    BalasPadam