Nak tau lebih lanjut?? Klik la...\(^0^)/

Jumaat, 25 Disember 2009

Ikan usa ekok...

Hakim : Ikan usa ekok! Ikan usa ekok! heeeee Ikan usa ekok

Bila cakap nak pergi tempat ternakan ikan yang biasa kami sekeluarga pergi, dialog kat atas tu akan sentiasa diulang-ulang hakim (my 1st son) sepanjang perjalanan ke tempat ikan tu. Aku dan suami hanya mampu tersenyum melihat gelagat anak kami. Nampaknya kami dah ada aktivi tambahan bila balik ke kampung. Suami aku teringin nak bela ikan, ada akuarium cantik bila kami berpindah ke rumah baru nanti. Nak aje aku  suprisekan suami aku dgn set akuarium dan ikan impian dia tu, tapi aku tak mampu untuk masa sekarang ni. Kalau tolong tambah-tambah tu ok la...erm...nak tau tak ikan apa yang suami aku idam-idamkan tu...


                                                                       

Ikan Arowana(betul ke aku eja )rasanya kebanyakkan orang lelaki minat dgn ikan nie...kenapa erk???Ikan yang kecik tu je harganya dah 2k lebih, aku tak tau la berapa harga ikan yang besar tu, tak pulak dinyatakan sebab ikan tu untuk display aje...dekat ternakan ikan nie ada satu ikan yang buat aku gerun kalau tengok, 1st time aku tengok sampai bawa ke mimpi yang menakutkan. Nak tengok ikan tu....


Gerun tak??? Ikan nie besar, rasanya kalau ikan nie berdiri lebih tinggi dari aku kot. Ada lagi satu ikan. "Ikan usa ekok"! Erm...ikan nie pelik. 1st time aku tengok ikan nie aku geli dan tergelak dan dalam masa yang sama aku cakap kat anak aku " ikan besar bengkok ".





Tau tak ikan apa nie? Aku pun mula2 tak tau, tapi kat cermin akuarium tu tulis ikan Toman....Ikan Toman mcm nie ker???Kelakar kan ikan nie...mcm kene karate pinggang dia...siannnn....


Ummiiii...Hakim nak ikan nie!...

Balik dari tempat ternakan ikan tu Hakim menyanyi dalam erti kata lain menangis sebab permintaan dia kami tak tunaikan....Tapi dalam hati aku berkata " insyallah, nnti ummi belikan".
                  

1 ulasan:

  1. Kat mana kak tempat ternakan tu??? Kelisa mmg mahal pun...Betulla tu..yg kecik je dah 2k..Kelisa gred terbaik dalam dunia bleh dapat kat 2 tmpat je..Malaysia ngan Indo...Malaysia pun kat Bukit Merah je..

    BalasPadam