Nak tau lebih lanjut?? Klik la...\(^0^)/

Jumaat, 15 Januari 2010

Perkembangan Damia yang mengembirakan..

Damia dah pun berusia 5 bulan, masa pergi enjet dia minggu lepas berat dia sekarang dah 7kg dan nampaknya berat Damia naik dengan baik..masa dia lahir 3.6kg, usia 1 bulan 4.8kg, usia dia 2 bulan 5kg, 3 bulan 6.3kg 4 bulan tak pulak aku pergi timbang sbb 4 bulan tak de kene enjet..dan rasanya berat Damia naik lagi sbb aku mmg dah tak larat nak pegang dia lama-lama tambahan pulak sekarang dia kalau didirikan asik nak melonjak-lonjak aje...Damia pun dah pandai meniarap dan berpusing dengan laju...angkat dada & punggung ...Aku tengok Damia nie kalau aku suap abang dia makan, mulut dia bising dan menangis. satu hari tu aku pun suap la nasik yang aku lenyek kat mulut dia...dengan pantas dia menyoyot dan nangis semula..sejak dari hari itu aku bagi Damia makan bubur nasi yang dilenyek...setakat nie alhamdulillah proses pembuangan tak ada masaalah. Takut jgk perkara lama berulang kembali...heheheh...

Tugas Baru

Seperti yang aku janjikan dgn Hakim, tak lama selepas kami pulang dari tempat ikan tu aku pun belikan Hakim haiwan peliharaan iaitu IKAN...Aku belikan dia akuarium yang kecik tu & 5 ekor ikan Guppy...suami aku cakap ikan tu tak leh besar so sesuai la utk diletakkan dalam akuarium yang tak seberapa tu...Tersenyum aku tengok gelagat Hakim dengan ikan dia...tiap kali makan nak hadap akuarium..nak tengok TV akuarium mesti depan dia...nak teman aku kat dapur pun akuarium tu dia angkut...nasib tidur tak dibawanya sekali....Hakim kalau boring dia akan tenung ikan pastu dia mesti sebut kuchi!kuchi!kuchi!!!!sambil tangan dia kuis2 kat dinding akuarium tu...konon mcm dia belaila tu..nasib dia kuis-kuis dari luar je tak digodaknya ikan tu....Sekurang-kurangnya bila ada ikan peliharaan nie Hakim belajar bertanggungjawab bagi makan ikan & bersihkan akuarium walaupun aku yang basuh dan dia tengok aje...Dah hampir sebulan lebih jgk la bela ikan tu sampi dah ada yang mati pun...Kali pertama mati reaksi Hakim...

kali ke-2 mati pada 12.01.2010..pagi-pagi aku nak bagi makan tengok dah timbul sekor aku terus cuci akuarium...nie kalau Hakim tau mau tarik muka lagi...tak sanggup aku tengok muka sedih tu...tersentuh hati keibuan ku....

Dengan adanya ikan nie bertambah la tugas aku...kene cuci akuarium dan pagi-pagi kena bawa akuarium tu pergi rumah pengasuh, kalau tak bawa Hakim nangis...nasib pengasuh aku selang 3 rumah jer...huhuhu...lotih mak cik nie ulang alik...tapi tak pe tu semua akan jadi kenangan manis untuk aku...